Monday, April 12, 2010

Hari Isnin yang serabut..

Selamat pagi semua.. hari ni sy rasakan Isnin yg paling serabut pernah sy lalui.. bermula dgn mlm hari Jumaat, my lil princess diserang fever yg disebabkan oleh tonsil dia.. dah lama tak kena.. tetibe mlm tu dah panas giler badannya.. merengek jek time tido mlm tu.. bese laa kan bile badan tak sehat 24 jam nk kena bg full attention kat dia.. kesian sy tgk dgn flu lagi.. batuk lagi.. aduyai org tua yg cam kite ni pun sakit inikan pulak baby baru setahun jagung.. mummy dapat rase keperitan tu sayang..

Keesokan harinya, kami bergegas ke Pusrawi Kota Damansara.. walaupun dlm hati sy mmg cukup tak berkenan service yg diorg bagi tp kami mmg asyik ke sana.. dgn alasan sbb tak ramai org.. org kata sbb nk cukupkan syarat je nk amik ubat.. tetapi adakah sebab servicenya kurang meyakinkan menyebabkan org ramai tak ke sana? wallahualam..

Tengahhari tu sy dikunjungi aunty n uncle sebelah my hubby.. dgn keadaan Damia yg kurang bermaya sy terpaksa gagahkan jugak utk bertemu dgn mereka di One Utama.. tapi bagus jugak bawak budak ni berjalan.. at least dia tak lesu kat rumah jek nk kasi dia aktif sikit.. kami pun berjalan² sambil lunch kat Fish n Chip and tea kat Delifrance.. tp best walaupun penat sikit.. sebabnya kami berjalan dgn seorang yg seakan YB.. tau tak kenapa? sy sukekan uncle my hubby yg sorang ni.. kami bahasakan dia Pak Cher.. kalau balik Muar sy mmg suke berborak dgn dia.. setiap bicara yg keluar drpd mulut dia semuanya ilmiah semata².. tp hari tu tak best sbb kami kena basuh pasal "kenapa tak beli rumah lagi".. tapi tadah je la telingaa.. ehehhe Anyway tenkiu PCher for your kind advice.. Will see how later..

Friday, April 2, 2010

Kasihnya si ibu tak sama dengan kasihnya si abah..

Satu.. kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua.. sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Meyisir rambutku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan.. harus kau renungkan
Bila dengar lagu ni berkemundang mesti teringat mak dan ayah kat kg.. penuh pedoman dan tauladan.. memang cukup berkesan.. pada aku lagu ni memang cukup simple tp cukup mendalam maksud yang tersirat dan tersuratnya..Tapi bila dinilai balik maksud bait² lagu ni aku rase cam semacam.. cam ada yang tak kena.. sebab bile ditimbal balik dengan keadaan zaman sekarang sungguh jauh berbeza..hurmm renung²kan...